Pelakon, Adam Shahz langsung tidak menyangka bahawa dirinya masih lagi ‘laku’ walaupun telah memegang status duda selama lima tahun.
Malah, bapa tunggal berusia 42 tahun itu mengaku hampir setiap hari menerima pesanan mesej daripada beberapa orang wanita yang ingin berkahwin dengannya.
Dedahnya, status duda yang dipegang tidak membuatkan dirinya dipandang serong, sebaliknya ramai yang menyatakan hasrat ingin mengenalinya dengan lebih rapat.
Adam juga pernah dihubungi seorang ibu tunggal yang mengajaknya berkahwin kerana wanita itu mendakwa menerima petunjuk selepas menemuinya di dalam mimpi.
Pemilik nama penuh Nor Shah Azli Abdol Ghani itu berkata, mesej tersebut dihantar menerusi pesanan secara terus atau ‘direct message’ di akaun Instagram, lapor Mstar.
“Susah juga pegang gelaran duda ini. Saya tak dipandang sinis tetapi ramai orang pula nak try (cuba berkenalan). Setiap hari ada sahaja yang menghantar DM (direct message).
“Mereka ajak saya kahwin. Ada pula seorang wanita ini terus DM memberitahu dia bermimpikan saya. Katanya kisah hidup saya dan dia lebih kurang sama.
“Wanita itu kata mungkin ini petunjuk dari Tuhan. Tetapi kadang-kadang saya tak layan pun,” cerita pelakon drama bersiri Juvana itu memetik laporan Mstar.
Adam bagaimanapun enggan melayan sebarang pesanan yang diterimanya kerana menganggap hubungannya dengan penghantar hanyalah sekadar artis dan peminat.
Pelakon itu juga tidak mahu memberi respon kerana meragui kesahihan mesej dan bimbang sekiranya ia sebenarnya dikirimkan oleh penipu atau pemilik akaun palsu.
“Saya sebenarnya takut juga sebab mereka mungkin scammer atau menggunakan fake account. Tetapi ada yang saya periksa, orangnya memang betul ibu tunggal.
“Saya tidak melayan dan saya anggap mereka mungkin peminat dan meminati saya hanya sebagai seorang artis.” Jelas pelakon filem seram, Dorm Melati itu.
Mengulas lanjut, Adam mengesahkan bahawa dirinya masih belum terfikir untuk menamatkan zaman dudanya kerana ingin memberikan fokus kepada keluarga.
Hal ini kerana, Adam ingin mencurahkan perhatian kepada ibunya, Rokiah Leman, berusia 62 tahun yang kini kurang sihat dan memerlukan penjagaan rapi.
Baca juga: “Rupanya ini perangai suami, keluarganya gelar aku anjing kerana mulut jahat dia!”