Zaman sekarang kanaka-kanak seawal sekolah rendah sudah terdedah dengan pengunaan gadjet malah ada yang memiliki telefon pintar di usia yang terlalu muda.
Jika dahulu, ibu bapa hanya memberikan anak mereka telefon apabila memasuki sekolah menengah, budak zaman kini dari kecil lagi sudah ada yang memiliki gajet.
Buat penyanyi Iman Troye, ibunya menetapkan kesemua adik beradiknya untuk memiliki telefon di usia 17 tahun, itu pun banyak peraturan perlu dilaluinya.
Penyanyi berusia 22 tahun itu memaklumkan segala alat komunikasi perlu dipulangkan semula kepada ibunya pada sebelah malam lapor Kosmo! Online.
“Saya dapat ‘pegang’ telefon pada usia 13 tahun untuk memuat naik lagu yang saya nyanyikan dalam laman sosial tetapi itu pun kepunyaan ibu.
“Kemudian ketika tingkatan lima baru saya ada telefon bimbit sendiri yang juga perlu diserahkan semula kepada ibu pada waktu malam seperti disyaratkan.
“Peraturan ini turut diikuti adik-beradik saya yang lain ketika mereka masih di bangku sekolah,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pemilik nama Iman Alyssa Sahabuddin itu memaklumkan semakin meningkat umur, dia mula menyedari kepentingan peraturan yang ditetapkan ibunya.
“Dulu ada juga saya tertanya-tanya, kenapa perlu ikut jam untuk guna telefon dan kawan-kawan kena datang rumah dahulu jika mahu keluar bersama-sama.
“Waktu itu kita tak faham lagi, sekarang apabila tengok insiden menakutkan akibat jenayah sosial membuatkan saya lega adanya peraturan dalam kehidupan kita,” tambahnya.
Pada masa sama, Iman memaklumkan anak-anak seharusnya lebih mendengar kata-kata ibu bapa daripada mendengar cakap individu yang dikenali secara atas talian.
Baca juga: Setahun tiada ‘job’, Norlia Ghani kini jadi pempengaruh TikTok, sehari boleh kaut sampai RM800