Pengutip sampah sering dipandang hina oleh sesetengah pihak, walaupun mereka sebenarnya berperanan penting menjaga kebersihan dan keselesaan persekitaran.
Mereka tetap berdedikasi menjalankan tugas walaupun bekerja dalam keadaan mencabar seperti bau busuk, cuaca ekstrem, dan risiko jangkitan penyakit.
Tular di TikTok sebuah video apabila seorang wanita mengamuk hanya kerana lori sampah berhenti di hadapan rumahnya untuk menjalankan tugas mengutip sampah.
Menerusi akaun TikTok Shaharizal Rizal Abd, wanita itu juga dilihat memegang sebatang kayu panjang dan mengarahkan pekerja mengubah kedudukan lori.
“Nak ambil sampah ambil, nak berhenti depan rumah saya buat apa. Angkat sampah terus jalan. Pergi berambus sekarang.
“Berapa kali saya nak cakap jangan berhenti depan rumah saya, nak saya buat laporan polis ke, jangan berhenti depan rumah saya kenapa berhenti juga,” ujar wanita dalam video tersebut.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tak puas hati dengan tindakan wanita tersebut yang dilihat terlalu sombing hingga menghina pekerjaan orang lain.
“Melampau sangat ni, jang hina pekerjaan orang atau sombong sangat kakak oi, mereka hanya buat kerja.
“Ya Allah rumah saya ni dekat selekoh, ada masa mereka berhenti rehat bawah pokok, saya siap suruh anak pergi bagi air kotak lagi,” antara komen pengguna TikTok.
Seorang pengguna media sosial yang bekerja sebaga pengutip sampah tampil meluahkan rasa kesal melihat video tersebut.
“Hinanya bagi dimata kakak kerja angkat sampah, saya pun kerja angkat sampah juga, saya pernah mintak nak minum air paip dekat depan rumah dia tak bagi minum air paip tu.
“Tuan rumah masuk dalam siap ambil air sirap sejuk dari peti ais suruh minum, pernah tumpang tandas pun ada sebab tak boleh tahan dah,” komen seorang pengguna TikTok.
Baca juga: NGO desak polis siasat kenyataan Yusoff Rawther sokong Israel