‘Siapa yang sakit, eh apa jadi ni?’ – Anjing pun hairan kalau doktor guna rawatan batin

Oleh ARIF ATAN

Orang ramai membayangkan tanda tanya anjing termasuk siapa yang sakit sekiranya doktor veterinar merawat tanpa menyentuh anggota tubuh mereka.

Reaksi bernada seloroh termasuk, “eh, apa jadi ni?” itu susulan ada yang menegur tindakan seorang wanita bertudung yang sebenarnya doktor haiwan menyentuh anjing.

“Benda boleh bela takda masalah, tapi jangan sampai tahap ni, anjing pun faham manusia kalau tuan dia tak sentuh, dia pun tak kan dekat dengan tuan,” kata pengguna TikTok, Faizan Ice.

Sehubungan itu, Dr Salehatul Khuzaimah menjelaskan kedudukannya sebagai perawat haiwan dan secara sinis bertanyakan sama ada perlukah guna kaedah merawat pakai angin atau pandangan mata.

Menjadi doktor haiwan yang merawat anjing bukan satu kesalahan bahkan ia satu perbuatan yang baik. – Gambar hiasan

“Saya kerja rawat haiwan encik. Rawat haiwan kalau tak sentuh, macam mana nak rawat?

“Rawat pakai angin? Atau pandangan mata sahaja?” sindirnya.

Baca Artikel Penuh