Sibuk betulkan ‘grammar’ teman lelaki member, siap gelak, wanita jadi bahan kecaman

Oleh KIM SYAZIE

Pandai bercakap dalam bahasa Inggeris tak menjamin penulisan anda sebaik percakapan anda, apa yang penting adalah semangat nak belajar.

Namun hanya disebabkan kesalahan kecil tersebut, mesej daripada seorang lelaki untuk bekas kekasihnya menjadi bahan tawa rakan-rakan wanita tersebut.

Mereka tanpa segan silu turut berkongsi tangkap layar perbualan untuk menjadi tatapan pengguna lain.

Seorang pengguna Twitter, @cikgu_anep tidak berpuas hati dengan tindakan empat wanita terbabit.

“Banggalah tu? Ini punca ramai orang takut berbahasa Inggeris. Sebab orang macam ni.

“Lelaki tu mungkin taip mesej tu dengan penuh perasaan. Mungkin tak fikir pasal bahasa pun. Akhirnya dimalukan macam tu sekali. Secara umum pulak tu.

“Sekumpulan perempuan yang kurang bertamadun,” ujarnya dalam ciapan di Twitter.

Rata-rata warganet juga berang kerana sudah 2023 tapi masih sibuk mengutuk mengenai bahasa.

“Saya lebih suka orang yang tak pandai berbahasa Inggeris tetapi mencuba untuk menggunakan bahasa Inggeris berbanding orang yang pandai berbahasa Inggeris tetapi angkuh sehingga terlalu bangga merendahkan dan memalukan orang lain.

“Geram dengan intonasi dia, riak muka dia. Kalau seorang je dalam circle dia je macam tu boleh diselamatkan lagi. Ini semua satu kepala.

“Berbual dengan orang putih pun pakai bahasa Inggeris teruk pun dia tak ada komen, janji dia faham. Cuma orang kita sahaja suka sangat nak jadi pengadil bahasa,” antara komen warganet.

Kalau betul niat nak betulkan tatabahasa maka tidak perlu muat naik, lelaki tersebut hantar mesej bukannya jawab ujian sampai perlu guna kosa kata betul, asalkan boleh difahami.

Baca juga: “Pertama dan terakhir”, Eva Noza akhirnya jawab isu bercerai dengan Abang Viva