(GAMBAR: Calon PH dari AMANAH, Adly Zahari bersama isteri dan anaknya di pusat penamaan calon pagi ini.)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima kesemua 28 calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka hari ini.
Ini bermakna, hampir kesemua calon dari ketiga-tiga kumpulan parti utama itu akan bertembung antara satu sama lain dalam pilihan raya ini di samping calon-calon lain.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan, ketiga-tiga paryi utama ini akan bertembung tiga penjuru di 11 DUN, 4 penjuru di sembilan DUN, lima penjuru di lima Dun dan enam penjuru di tiga DUN.
Selain ketiga-tiga parti utama itu, Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) akan bertanding di lima kerusi, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) satu kerusi dan Bebas 22 calon yang menjadi 112 calon yang akan bertanding dalam PRN Melaka kali ini.
Calon tertua adalah berumur 68 tahun iaitu di Pengkalan Batu manakala calon termuda adalah berumur 21 tahun iaitu calon PH dari PKR di DUN Sungai Rambai.
Dalam PRN ini juga, terdapat 16 calon wanita dan 96 lelaki.
Julat umur paling ramai calon adalah antara 50 – 59 tahun iaitu seramai 36 orang dikuti 40 – 49 tahun seramai 35 orang.
Calon muda (21-29 tahun) yang bertanding adalah seramai sembilan orang.
Pembungan undi untuk PRN Melaka akan berlangsung 20 November ini manakala undi awal pada 16 November.
Seramai 495,196 orang layak mengundi berdasarkan senarai pengundi yang dikemas kini pada 3 Oktober lalu.
Sebanyak 28 pusat penamaan calon dan 28 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan.