Sebelum berkahwin, fahami benar-benar tanggungjawab sebagai suami isteri bukan sekadar ikut trend.
Perkahwinan bukan hanya soal cinta, tapi juga komitmen, pengorbanan dan peranan yang harus dipikul dengan sedar.
Seorang wanita kecewa apabila suaminya berhenti kerja selepas kahwin untuk mulakan perniagaan, namun gagal, dan akhirnya si isteri yang menanggung beban kewangan.
Fahamilah tanggungjawab sebagai suami dan isteri sebelum berkahwin, jangan sekadar berkahwin mengikut trend.
Di bawah adalah luahan yang diambil dari Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.
Aku perempuan lewat 20-an, belum ada anak disebabkan aku belum bersedia nak ada anak sebab masalah kewangan kami yang teruk dan kami sudah berkahwin selama lima tahun.
Sebelum kahwin suami kerja tapi selepas saja kahwin, dia berhenti kerja katanya penat dan tak mungkin mampu sara kami dengan duit gaji yang ada.
Gajinya dalam RM3k lebih, bagi aku cukuplah. Tak perlu mewah pun memandangkan aku tak boleh kerja lagi sebab masih belajar di semester akhir universiti.
Itu pun dia berhenti kerja tak ada bincang, dia nak guna semua duit simpanan dia buat buka gerai jual-jual dengan keluarga. Itu pun tak ada bincang dgn aku.
Tahu-tahu seminggu nak kahwin tu pun sebab aku tanya pasal rumah sewa, kita duduk mana lepas kahwin pun senyap membisu tak ada respond.
Lepas kahwin je dia cakap kami duduk rumah kakak-kakak dia yg sudah berkeluarga saja, bukan tumpang, kami bayar bulanan separuh harga sewa rumah tu dekat kakak dia.
Aku pun rasa macam kena tipu sebab dia tak jujur dari awal dan rasa diri bodoh juga. Masalahnya perniagaan dia tak menjadi pun, lingkup, habis pinjaman.
Aku lepas habis belajar terus kerja dekat Singapura tapi tak lama sebab penat, maka aku nasihat suami untuk kerja sana.
Macam-macam alasan dia bagi, tak ada kenderaan lah, tak reti duduk tempat orang, aku pun penat tapi sebab fikir ada benda nak kena bayar lagi.
Bila aku mula kerja dekat kawasan rumah, gaji RM2k tu habis nak bayar segala keperluan, suami senang je suruh aku dahulukan bayaran konon nanti dia ganti balik.
Suami berhutang ribu riban dengan adik beradik sampaikan aku pergi berjalan dia tak post kat media sosial sedangkan aku bayar guna gaji aku.
Sekarang aku bayar semua, minyak kereta pun minta aku, keluarga nak pinjam duit pun minta aku. Benda yang paling besar, aku pernah buat pinjaman loan atas nama aku untuk dia.
Ada tiga loan aku buat tapi amaun aku masih mampu bayar walaupun ada je tertunggak. Aku buat pun sebab gaji aku tak mampu nak bayar kereta rumah semua tu jadi dia suruh buat.
Pinjam duit abang, jadikan aku sebagai jaminan
Dia pinjam duit abg dia RM1k pun dia cakap gaji aku sebagai jaminan. Jadi abang dia kasi, akhirnya habis duitnya, aku la yang kena bayarkan RM1k dekat abang dia.
Semua pinjaman dia nak buat dengan keluarga dia, mesti nama aku yang jadi jaminan. Dia tak ada bincang betul-betul, dia cakap mcm tu je. Aku tak ada kasi jawapan pun terus proceed.
Aku bernasib baik sebab tiada anak lagi kalau tidak bertambah beban kewangan aku sebab memang akulah yang kena bayar semuanya.
Jadi sekarang plan dia aku nak tipu gaji aku, aku nak simpan tempat lain duitnya. Aku nak cakap gaji dapat sikit setiap bulan.
Aku sekarang buat dua ke tiga kerja untuk pastikan kos kami cukup. Jadi waktu cuti pun aku kerja.
Baca juga: Asyik pinjam duit, siap suruh jadi penjamin…individu dedah derita kahwin dengan keluarga miskin