Suami isteri terkejut diserbu jabatan agama, rupanya ada makcik puaka report siap hantar orang ‘spy’ sampai hotel

Oleh KIM SYAZIE

‘sepasang suami isteri terkejut apabila bilik hotel mereka diketuk dengan kuat pada jam 4 pagi sebelum diserbu oleh pihak jabatan agama Isla

Bagaimanapun, serbuan itu tidak diteruskan selepas pasangan itu berjaya menunjukkan kad kahwin yang membuktikan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

Pengguna TikTok @zed.rodzuan yang berkongsi cerita insiden itu mengesyaki bahawa ia adalah angkara peniaga kedai makan yang tidak berpuas hati dengannya gara-gara ada perselisihan faham yang berlaku antara mereka beberapa jam sebelum diserbu.

“Kalau jiwa tak kental jangan sekali-kali check-in Oyo hotel. Sekali kena tangkap basah tidur tak lena weh,” tulis pengguna itu.

Menurutnya, beberapa jam sebelum kejadian, mereka ada berkunjung ke sebuah kedai makan untuk makan malam.

Namun, disebabkan pesanan mereka lambat dihantar walaupun sudah menunggu selama sejam, mereka memutuskan untuk meninggalkan kedai tersebut.

Jelasnya, dia tidak menyangka makcik itu tidak berpuas hati dengan tindakan mereka walaupun dia telah meletakkan duit bayaran tanpa menjamah makanan yang dipesan.

“Sekarang ini makcik itu tak puas hati, datang cari kami di kedai mamak kemudian ambil gambar rakam semua cakap terima kasih la buat mak cik macam ini,” katanya.

Tak terhenti di situ saja, lelaki itu mendakwa makcik terbabit turut meminta suaminya mengekori dia dan isterinya sehingga ke bilik hotel.

“Dia beredar dari kedai mamak dan hantar suami dia pula untuk spy kitorang sampai masuk bilik hotel ni.

“Kau dah menyusahkan aku, datang melancong, jam 4 pagi tengah tidur pintu bilik kena ketuk,” luahnya.

Baca juga: Sanggup jadi pekerja pembersihan, rupa-rupanya pemuda ini adalah bakal doktor