Susah nak tidur awal walaupun badan dah penat, ini 7 tips untuk anda

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ramai mengalami masalah ini, apabila badan sudah bersedia untuk tidur namun mata kekal segar melihat keadaan sekeliling.

Pengasas ForHimClinic, De Samhan berkongsi tujuh tip bagi membantu mereka yang susah untuk tidur pada waktu malam di Twitter @DoktorSamhan.

1 Lakukan perubahan kecil dahulu

Kalau anda sudah biasa tidur pukul 2 ke 3 pagi, sudah pasti susah untuk tidur pada pukul 10 malam.

Lakukan perubahan kecil dahulu supaya badan tidak terkejut contohnya jika biasa tidur pukul 2.00 pagi maka boleh cuba tidur pada 1.45 pagi dulu..

2 Cipta rutin tidur sendiri

Pastikan anda mempunyai rutin yang tersendiri supaya badan akan tahu sudah tiba masanya untuk tidur.

Sebagai contoh, anda boleh tutup televisyen atau sebarang peralatan elektronik, buka aircond, cuci muka, berus gigi atau baca buku sebelum tidur.

3 Bangun tidur awal

Termasuklah pada waktu cuti. Sebenarnya, bukan waktu tidur malam sahaja penting, masa bangun tidur juga sama!

Elakkan tidur lewat pada malam minggu. Jadi, tahan diri daripada berjaga semalaman. Jika tidak, habislah semua usaha anda akan jadi sia-sia.

4 Jangan tidur siang

Power nap selama 10 ke 20 minit tidak menjadi masalah. Namun, jika anda tidur siang selama 2 hingga 3 jam setiap hari, pasti anda tidak boleh tidur lena pada waktu malam.

Jika anda rasa penat, tidur sebentar atau tahan sehingga waktu malam!

5 Jaga makan sebelum tidur

Satu lagi tips untuk tidur awal ialah kurangkan makan sebelum tidur. Minuman yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi boleh membuatkan tidur anda terganggu.

Pengambilan alkohol yang berlebihan pula boleh menyebabkan insomnia.

6 Pantau masa tidur anda

Kini, ada banyak aplikasi atas talian yang boleh digunakan utk memantau jumlah tidur setiap hari.

Aplikasi ini bkn shj boleh mengingatkan anda waktu tidur, ia juga blh memberi amaran sekiranya anda terdedah dengan ‘blue light’ dari telefon terlalu lama.

7 Jangan lupa lakukan senaman

Senaman sangat penting untuk meningkatkan kualiti tidur. Ketika bersenam, badan akan membakar banyak tenaga.

Oleh sebab itu, kita perlukan tidur yang mencukupi untuk memastikan badan dapat pulih seperti sediakala.

Bagi yang sukar tidur malam, boleh cuba amalkan tip ini terutama buat anda nan selalu bersama gadjet 24 jam.

Baca juga: Sorok 156kg gula, peniaga kedai runcit ini mungkin berdepan denda RM1 juta