Tindakan seorang bapa yang melepas tangan ketika urusan pendaftaran anak menyebabkan wanita ini terpaksa memilih nama Allah untuk di bin pada anaknya.
Hal ini dikatakan kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memerlukan kad pengenalan asli si bapa namun tidak diberi kerjasama pada hari kejadian.
Cik Pia menggunakan akaun tiktok @norsufiajohari meluahkan rasa kecewa apabila si bapa mempunyai masa untuk keluar ‘dating’ tapi tidak untuk anak.
“Pedih bagai dihiris hati ini. bapa masih live dan ada masa kesana kesini dengan teman wanita.
“Tapi untuk datang ke JPN bagi urusan anak, tak ada masa pula,” katanya dalam kapsyen video.
Bukan sekadar itu, wanita tersebut juga bimbang seandainya si bapa berkahwin empat, akan terjadi kes anak kahwin dengan adik beradik sendiri.
“Andai bapa dia kahwin empat dan kami tak kenal lain. Takut terkahwin dengan adik sendiri sahaja.
“Bertanggungjawab wahai suami, bukan minta harta tapi hanya menagih belas ihsan untuk letak nama keturunan anak sahaja,” ujarnya.
Tidak hanya itu, dia juga menyoal sama ada itu penyebab untuk ambil ringan hal anak.
Rata-rata warganet kecewa dengan sistem perundangan di Malaysia dan meminta supaya si bapa dihukum.
“Kenapa tidak ada undang-undang untuk bagi pengajaran pada bapa yang tidak bertanggungjawab begini, mana pergi kuasa jabatan agama untuk bertindak,” kata @#maksu.
“Undang-undang manusia ini menyusahkan, padahal anak nombor dua dan sudah ada sijil nikah,” tambah @ShidaAdenan.
Baca juga: Lelaki jadi ‘suri rumah’, tiga isteri kerja sepenuh masa