Tak memilih kerja, Zainal Abidin pernah jadi buruh binaan untuk dapatkan duit masa muda

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap antara kita ada pastinya pernah merasai pengalaman hidup susah, namun itulah yang menjadi pengajaran paling berharga.

Samalah seperti penyanyi Datuk Zainal Abidin yang pernah melalui fasa sukar semasa membesar.

Menurut Kosmo, Zainal berkongsi bagaimana dirinya sewaktu kecil membesar dalam serba kekurangan dan dibesarkan datuk nenek.

“Tiga hari selepas saya lahir, saya diberi kepada datuk dan nenek untuk dijaga. Saya anak yang tidak diinginkan.

“Saya dijaga oleh datuk dan nenek sejak bayi sehingga mereka meninggal dunia sewaktu saya berusia lapan tahun. Selepas itu saya berpindah dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain.

“Saya jadi seorang kanak-kanak yang terkesan dari segi mental dan fizikal,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Baca Artikel Penuh