Tak sangka plastik aiskrim Malaysia ada banyak kegunaan, boleh buat nasi impit juga!

Oleh MAISARAH AISYA

Zaman sekarang kalau nak buat nasi impit, tak perlu susah-susah beli, sahaja yang segera di pasaraya.

Tapi ada masa kalau sudah tiba hari perayaan, stok nasi impit segera habis jadi terpaksa buat sendiri di rumah.

Tambahan orang zaman sekarang ni ada masa nak makan sebab ‘craving’, takut kalau buat banyak nanti membazir.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Eyta Umairah menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’ tentang cara masak nasi impit menggunakan plastik aiskrim Malaysia.

Buat nasi impit guna plastik aiskrim Malaysia

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Daun pandan
  • Air
  • Lidi/Garfu
  • Plastik aiskrim Malaysia

Cara-cara:

  1. Cuci dulu beras, toskan dan biarkan beras itu kering supaya senang nak masukkan ke dalam plastik aiskrim.
  2. Isikan beras dalam 1/3 daripada plastik aiskrim (boleh guna jug air yang ada muncung).
  3. Lipat sekali hujung plastik itu dan lipat lagi sekali, kemudian stepler.
  4. Kemudian lipat dua plastik aiskrim dan tekan dengan garfu atau lidi biar sehingga tembus ke belakang.
  5. Rebus nasi impit selama 30 minit dalam air dan dimasukkan daun pandan yang disimpul.
  6. Kemudian bilas sedikit nasi impit yang dah dimasak di bawah air paip dan toskan di dalam tapisan.

Siap! Selamat mencuba.

Baca juga: Baru tahu kuman pada span pencuci pinggan boleh sebabkan cirit birit, patutlah kena tukar selalu!