Bekas isteri kepada personaliti media sosial, Chazynash iaitu Fatin Morat mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu hantaran di media sosial yang dipercayai sebagai respon terhadap doa pengikutnya.
Menerusi perkongsian berkenaan, Fatin secara terbuka meluahkan rasa syukur apabila doa pengikutnya dimakbulkan dan kehidupannya kini semakin sibuk.
“Haritu sapa yang tulis tak payah nak tengok langit sangat nak suruh Fatin sibuk? Hahaha.
“Alhamdulillah doa hampa (awak) Allah makbulkan bagi Fatin sibuk tak sempat tengok langit! Sekarang siap ada tambahan balang kecil dan balang besar okay,” kongsinya di Threads.
Menurut Fatin, kesibukan itu turut didorong oleh perkembangan positif perniagaan yang diusahakannya, termasuk persiapan untuk memulakan proses membakar cornflakes dalam masa terdekat.
“Cuma pos akan lambat sikit baru nak start baking cornflakes nii,” katanya.
Dalam pada itu, Fatin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan, doa serta kata-kata semangat kepadanya.
“Terima kasih semua support Fatin! Dan terima kasih juga semua yang doa dan beri semangat kat Fatin! Semoga Allah makbulkan semua doa-doa hampa juga tau, Amin,” kongsinya.
Perkongsian tersebut nyata menerima reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya mendoakan agar Fatin terus tabah dan berjaya dalam apa jua yang diusahakan.
Baca juga: Bossned dan Nadia Brian guna panggilan Baby-Sayang, semakin terbuka luah rasa cinta