Tak sengaja ‘tayang’ aurat isteri, Nabil Ahmad janji akan lebih berhati-hati

Oleh MAISARAH AISYA

Bukan sengaja menayang aurat isteri, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad mengakui khilafnya selepas ramai meninggalkan komen mengenai situasi Zira Ayub.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Nabil tanpa sengaja termuat naik panggilan video bersama Zira yang hanya menutup kepalanya dengan kain tuala.

Mengakui kesalahan diri, Nabil mengakui perkara tersebut tidak disengajakan sehingga dia menerima kecaman hebat lapor Kosmo! Online.

“Saya tak perasan pun sebab nampak dia macam pakai tudung. Terlepas dan tak sengaja.

“Saya ingatkan dia pakai tudung dan baru tahu benda ini tular. Saya yang suruh pihak radio muat naik sebab saya ingatkan dia bertudung,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Pada masa sama, pelawak berusia 41 tahun itu berharap ramai dapat mendoakan dirinya untuk lebih berhati-hati daripada memuat naik hantaran di media sosial.

“Bila saya nak berniaga, tak tular pula tetapi kalau benda-benda begini jadi viral.

“Doakan saya supaya tidak lagi mengeluarkan keluarkan video-video begitu dan lebih berhati-hati, insya-Allah,” ujarnya.

Sebelum ini Nabil juga menerima kecaman hebat selepas memuat naik video lama Zira semasa dia belum menutup aurat.

Baca juga: 3 hari berturut-turut mimpikan Suhaimi Saad, Ina Naim akui masih rindu arwah suami