Tangan rasa pijar masa buang tangkai cili padi? Ikut tip ni, masa rendam tu tambah 1 bahan!

Oleh MAISARAH AISYA

Buat yang gemar memasak mesti tahu rasa pijar di tangan selepas pegang cili padi, kadang tu terpaksa pegang ais untuk kurangkan rasa tak selesa.

Rupanya ada cara senang nak pastikan cili padi tu tak rasa pijar masa kita buang tangkainya, tip ini penting untuk mereka yang mula nak memasak.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Rizal Kitchen mengenai cara buang tangkai cili padi tanpa tangan rasa pijar.

Tip buang tangkai cili

Bahan-bahan:

  • Cili padi merah (kuantiti ikut suka)
  • Garam
  • Besen besar

Cara-cara:

1. Sediakan satu besen besar dan masukkan kesemua cili yang ingin dibuang tangkainya.

2. Masukkan air sehingga tenggelam kesemua cili padi.

3. Letak dalam beberapa sudu besar garam ke dalam air dan gaul hingga ia larut bersama cili tersebut.

4. Rendam dalam masa lima minit kemudian selesai!

Cara ini sesuai untuk mereka yang buat kenduri dan perlu menyediakan cili padi dalam kuantiti banyak.

Baca juga: Ratusan atlet pulang balik pingat Olimpik Paris 2024 gara-gara kekecohan ini