Lebih daripada 100 atlet didakwa memulangkan semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024 yang diperolehi mereka gara-gara kerosakan ketara yang berlaku pada permukaan pingat.
Walaupun baru beberapa bulan di tangan, kualiti pingat Olimpik Paris 2024 dikatakan tidak setanding dengan pingan Olimpik Tokyo 2020 – yang selepas bertahun-tahun masih lagi berkilat.
Kemerosotan yang ketara membuatkan setiap atlet tertanya-tanya tentang ketulenan pingat itu.
Pemain papan selaju Amerika Syarikat, Nyjah Huston, memuat naik gambar pingatnya, hanya beberapa hari selepas memperoleh gangsa dalam perlawanan akhir yang kompetitif di ibu negara Perancis itu.
Ternyata dia bukan satu-satunya atlet yang menyedari kemerosotan pingatn
Pemain badminton Denmark, Viktor Axelsen, menunjukkan pingat emas yang dimenanginya di Paris 2024 dan membandingkannya dengan keadaan emas yang dimenanginya di Tokyo 2020, dengan pingat yang lebih lama kelihatan jauh lebih bersinar.
Rebeca Andrade, yang menewaskan Simone Biles untuk memenangi emas di final gimnastik lantai, mengelak daripada memakai pingatnya.
Lima bulan kemudian dan laporan daripada penerbitan Perancis La Lettre telah mendakwa bahawa lebih 100 atlet telah memulangkan pingat mereka, yang dihasilkan oleh Monnaie de Paris (Paris Mint).
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) juga mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris dan diukir dengan cara yang sama daripada pingat asal.
Baca juga: PM Anwar berjaya capai kerjasama baharu dengan pemerintah, syarikat besar di UAE