Tak semua yang berniaga ni sekadar meraih keuntungan, ada juga dalam diam bersedekah dengan memberi lebih makanan buat pelanggan.
Tambahan kos nak buat kuih atau makanan lain adalah agak tinggi dan sukar untuk kekalkan harga.
Mahu jadikan ia satu pengajaran seorang wanita berkongsi kisah dirinya yang agar berkira semasa membeli karipap di satu gerai dalam hantaran di Facebook.
“Masa nak bayar, kat tangan ada RM. Ingat nak bagi semua. Tapi suara hati cakap, bagi RM2 je sebab orang meniaga ni banyak untung.
“Jadi, tangan seluk poket ambil RM2 dan bayar. Balik rumah buka plastik. Tengok ada lima biji karipap. Allah, rupanya dalam kita berkira dengan dia, dia tak berkira pun dengan kita.
“Hari ni nekad nak beli karipap makcik tu lagi dan nak bayar lebih. Bila sampai kat gerai dia, saya cakap makcik, saya nak enam biji karipap. Dia ambil dan letak.
“Bila nak bayar saya bagi dia RM5 dan dia nak bagi duit balik. Saya cakap tak apa makcik. Hadiah. Dia cakap eh, jangan macam tu, ambil lah tapi saya tolak,” ujarnya di FAcebook.
Lebih sebak, peniaga tersebut hampir menitiskan air mata sambil mengucapkan terima kasih, tapi bila balik sekali lagi wanita tersebut rasa terharu.
Sampai kat rumah, saya buka plastik dan saya kira. Ya, dia memang seorang yang pemurah. Dia bagi saya tujuh biji sedangkan saya hanya minta enam.
“Makcik ni mengajar saya sesuatu, jika kita berkira dengan orang, bukan setakat orang je yang akan tapi Allah pun akan ‘berkira’ dengan kita.
“Mudahkanlah urusanmu sesama makhluk, nescaya Tuhanmu akan memudahkan urusanmu denganNya..
“Ingatlah, kalau ada duit lebih tu rajin-rajinlah bersedekah kerana dalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain. Dalam rezeki org lain, mungkin ada rezeki kita,” tambahnya.
Baca juga: “Ayah berhenti kerja walau gaji RM20,000, musnahkan hidup keluarga demi Forex”