Teringin nak beli kereta terpakai, lelaki kongsi tip penting semua perlu tahu

Oleh MAISARAH AISYA

Walaupun ramai memilih untuk membeli kereta, ada juga yang lebih senang beli kenderaan terpakai kerana harganya lebih murah.

Menerusi X (Twitter), seorang pengguna, Iffat Salleh (@iffatsalleh) berkongsi tip selepas membeli enam buah kereta terpakai.

“Aku dah pakai (beli) enam buah kenderaan terpakai. Ada yang bagus dan ada yang teruk. Aku beli terus daripada pemilik dan ada juga dibeli di kedai.

“Ini adalah tip untuk anda yang nak beli kenderaan terpakai, Nota: Jangan percaya cakap pemilik dan penjual kereta”, ujarnya.

Tambahnya, pemilik dan penjual kereta akan memberi janji manis dan memaklumkan kenderaan mereka sempurna jadi pastikan lihat betul-betul sebelum beli.

1. CHECK PINTU ,BONET DAN MINYAK

Benda pertama kena buat ialah check semua pintu dan bonet belakang. Tak ada buat apa-apa, cuma perlu buka dan tutup. Buat beberapa kali.

Kalau berbunyi pelik, kalau susah buka dan tutup, maka tinggalkan kereta itu segera.

Maksudnya ada bahagian yang kena baiki.

2. PEGANG STERENG

Korang masuk kereta, pegang stereng, pusing kiri sampai habis, pusing kanan sampai habis.

Kalau ada bunyi kluk kluk, klak klak, maka comfirm rosak steering rack dan komponen berkaitan. Makan modal.

3. HIDUPKAN ENJIN KENDERAAN

Hidupkan enjin dan lihat gegaran pada dashboard meter. Kalau bergegar, maka pastinya engine mounting kena tukar. Makan modal juga.

Kalau tak tahu gegar atau tak, ambil botol mineral kecil berisi separuh air, letak atas dashboard. Kalau air bergoncang, rosak la tu

4. TEKAN BRAKE DAN MASUK GEAR D

Yang ini penting, kadang-kadang hidupkan enjin tak rasa sangat getaran. Jadi cuba masuk gera D dan tekan brek. Lihat dashboard bergegar atau tidak.

Isu sama, engine mounting problem.

5. CARI ZEBRA LINE

Test drive kereta tu, cari jalan yang ada zebra line or crossing line.

    Ada 2 cara:

    Cara 1: Bawa slow je, under 50kmh melintasi zebra line.

    Cara 2: Bawa laju sikit around 50-90kmh melintasi zebra line

    Kenapa? Sebab kalau melintasi zebra line ada bunyi KUK KUK KUK, KAK KAK KAK, maka undercarriage problem. Lower arm, drive shaft dan absorber kena tukar.

    Lagi la makan modal. Ni comfirm pemlik tak pernah tukar lagi.

    6. SPEEDING 80-100KMH

    Kalau masa speeding ada gegaran pada stereng, maka ada problem pada absorber, shaft or rim. Gegaran akan berlaku pada 80-90kmh, lepas 100kmh akan hilang.

    So, benda makan modal juga ni pun. Hati2 la kalau nak beli

    7. CHECK LEAKING

    Yang ni leceh sket, kena tunduk bawah untuk tengok leaking. Tengok dalam enjin. Sebaiknya bawa la sorang kawan yang mahir bab engine ni utk tgk leaking

    8. CHECK AIRCOND

    Buka aircond pada kadar minimum. Takat 1, suhu 20 celcius. Tunggu 5 minit. Tengok sejuk atau tak Kemudian naikkan 1 takat lagi dan tunggu 5 minit.

    Ulang sampai habis full takat. Kemudian turunkan suhu pula sampai level LO. Kalau semua sejuk, maka cun la tu

    Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut boleh follow Iffat Salleh (@iffatsalleh) di X (Twitter), jika berminat untuk beli kereta terpakai.

    Baca juga: Orang kaya di India buat kondo sampai 27 tingkat siap ada pusat servis kereta, tapi didiami satu keluarga sahaja