Bagi peminat pulut mesti teringin nak makan di rumah tapi pengukus pula tak ada, rupanya ada cara lain untuk masaknya.
Lebih mudah sebab ia adalah kaedah sama dengan masak nasi dalam periuk eletrik, jimat masa.
Seorang pengguna Facebook, Siti Asrien Mohd Hassan berkongsi cara mudah masak pulut dalam periuk elektrik.
Langkah-langkah:

- Basuh beras sebanyak tiga atau empat kali bersama sedikit garam bertujuan untuk mendapatkan pulut yang berkilat.
- Sukat air menggunakan jari telunjuk (rujuk foto).
- Lapik penutup periuk menggunakan tuala atau kain kecil dengan kedap supaya wap panas terperangkap.
- Masak pulut seperti biasa dengan menekan butang cook pada periuk nasi.
- Selepas pulut selesai dimasak, biarkan periuk nasi dalam mood warm.
- Jangan buka penutup dan biarkan pulut masak menggunakan wap selama lima minit.
Menurutnya, dia sudah empat tahun menggunakan kaedah ini setiap kali memasak pulut. Malah, kaedah sama boleh dilakukan untuk masak tapai tanpa perlu kukus terlebih dahulu.
Mana-mana yang pengukus rosak atau tak sempat beli tapi nak makan pulut, boleh cuba kaedah ini.
Baca juga: Nasi goreng belacan paling mudah, bujang pun boleh buat!