Teringin nak minum air manis macam dekat kedai? Cuba buat teh tarik madu ni!

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah bila tengah panas ini, kadang-kadang badan mahukan air manis tapi tak mahu minum air berkarbonat.

Kalau nak minum dekat kedai pula kadang-kadang air tu terlebih manis, jika dibuat sendiri maka boleh mengawal tahap manisnya.

Ikuti perkongsian resipi Says Seismik tentang cara buat teh tarik madu di rumah, mudah dan jimat.

Resipi teh tarik madu

Bahan-bahan:

  • 500ml air mendidih
  • 3 sudu besar serbuk teh
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar madu

Cara-cara:

1. Bancuh serbuk teh dalam air mendidih selama lebih kurang 10 minit.

2. Kemudian tapiskan ia dalam jug air sehingga tiada lagi sisa serbuk teh.

3. Masukkan tiga sudu besar susu pekat dan dua sudu besar madu.

4. Kacau sehingga semuanya sebati dan tarik ia menggunakan dua juga hingga terhasilnya buih.

Nak tambah ais pun boleh, tambah-tambah cuaca panas ini, boleh sejuk tekak satu keluarga.

Selamat mencuba!

Baca juga: Mat Sabu tanam bawang di kediaman rasmi, rakyat harap benih diagih nak semai di rumah