Terkejut lepas lihat sendiri, lelaki menangis tangkap isteri khalwat dengan suami orang

Oleh MAISARAH AISYA

Bab curang ni bukan terjadi terhadap satu jantina sahaja malah lelaki mahupun perempuan ada sahaja yang ‘makan luar’.

Siapa sahaja tidak terkedu melihat pasangan yang sah terbaring atas katil tanpa sehelai baju dengan orang lain.

Seorang lelaki menangis lepas menangkap isterinya dalam keadaan anpa seurat benang bersama lelaki lain di atas katil di sebuah rumah di bandar Mojokerto, Pulau Jawa.

Lelaki yang dikenali sebagai RF itu melihat sendiri keadaan isterinya ketika menyerbu rumah kekasih gelap wanita berkenaan lapor portal DetikJatim.

Tidak berseorangan, dia melakukan serbuan bersama empat individu lain kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) pada Selasa lalu.

Lebih menyedihkan skandal wanita tersebut yang berusia 40 tahun sudah beristeri dan mempunyai dua anak

Sedangkan isteri kepada RF adalah lebih muda dan hanya berusia 34 tahun.

Usai yakin akan keberadaan si isteri dan skandalnya, rakan RF, Faisal Umar berkata, pihaknya memecahkan pintu depan rumah yang dikunci.

“Pintu bilik juga dipecahkan dan kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan telanjang di dalam bilik,” jelasnya kepada wartawan.

Terkejut akan keadaan, RF kemudian menangis ketika melihat keadaan isterinya dengan lelaki lain di dalam bilik tersebut.

Pasangan curang itu kemudian ditangkap oleh penduduk sebelum dibawa ke pejabat Desa Sambiroto.

“RF sudah curiga tentang ini (isterinya curang) sejak sebelum hari raya lagi,” kata Faisal.

Baca juga: Pemandu lain sibuk hon suruh ketepi, gadis terharu ‘uncle’ ini bantu alih kereta rosak