Terkejut tengok keadaan terkini pelakon Pujaan Hati Kanda, dah buka baju pula?

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda, Sarah Hildebrand kembali menyita perhatian orang ramai baru-baru ini.

Mana tidaknya, pelakon berdarah kacukan itu telah memuat naik satu gambar yang mengejutkan di akaun media sosial miliknya. 

Menerusi foto yang dikongsi di laman Instagram, Sarah hanya mengenakan pakaian dalam sebelum bergambar di hadapan cermin.

Bersama kapsyen “Saya akan kembali dalam masa sebulan”, ramai pengikut mengaku tidak senang dengan tindakan Sarah itu.

Walaupun tidak lagi bergelar seorang artis, segala tindak tanduk Sarah masih menjadi perhatian rakyat negara ini.

Kerana itulah, hantaran Sarah hanya mengambil masa yang sekejap untuk tular di media sosial dan mula dibanjiri dengan komen netizen.

Rata-rata pengikut mula mempersoalkan status agama Sarah sama ada wanita itu masih bergelar Muslim atau sebaliknya.

Ada juga individu yang mencadangkan agar wanita itu menutup sahaja ruangan komen sekiranya tidak mahu memadam gambar tersebut.

Tangkap layar hantaran Sarah yang menyita perhatian orang ramai

“Ohh dia, sekadar nak tau sahaja. Dia masih Muslim atau bukan ya?,” soal seorang pengguna.

“Tutup komen sahajalah, kak.” Cadang pengguna lain.

Terdahulu, Sarah yang pernah bergelar model itu pernah dihimpit kontroversi sebelum ini setelah membuat keputusan untuk membuka tudung.

Tidak lama selepas itu, pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand kemudian memutuskan untuk bersara dari dunia hiburan.

Berjanji tidak akan kembali lagi ke Malaysia, Sarah kemudian membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara pada tahun lalu.

Bekas pemenang program realiti Gadis M2 2013 terbitan Astro itu kini bergelar tentera setelah menyertai Unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Baca juga: Netizen meluat tengok pasangan beli ‘stroller’ harga Axia – “Rugi bayar RM23,000 kalau tak tunjuk”