Terkejut tengok resit, warung siap caj meja, kerusi diguna dalam bil!

Oleh MALAYSIADATELINE

Biasalah bila makan di warung, pastinya ingat ia adalah lebih murah tapi ada juga tempat yang mengenakan caj tak masuk akal.

Walaupun dikira sebagai murah namun ramai yang keliru mengapa pemilik warung di Indonesia ini mengenakan caj kepada barang di dalam kedai.

Menerusi Facebook ‘Amboi Media Network‘, tular satu gambar resit menunjukkan caj dalam mata wang rupiah berjumlah Rp41,000 (RM11.06).

Jelas ia adalah murah namun ada caj lain dikenakan antaranya meja Rp3,000 (80 sen), kerusi Rp2,000 (53 sen), garfu Rp1,500 (40 sen), sudu Rp1,500 (0.40 sen), pinggan Rp3,000 (80 sen).

Rata-rata netizen sempat berseloroh jika resit tersebut lebih panjang maka akan ada lagi caj pelik dikenakan.

“Nasib baik ruang nak tulis kat resit tu dah penuh, kalau ada ruang lagi macam-macam benda boleh dikenakan caj tu.

“Betullah harga tu, kan ada tertulis harga kat bil maknanya lepas makan sudu, garfu, senduk, periuk, kuali, meja, kerusi boleh bawa balik, tauke kedai dah kira sekali semuanya dalam satu bil.

“Nasib baik dia tak masukkan sewa kedai, cukai pintu, cukai tanah, bil elektrik, bil air dengan gas dalam bil tu.

“Maksudnya, pinggan, gelas, meja, kerusi tu di makan atau dibawa pulang, dah dibayar kan? Bagusnya kedai jual semua sekali, bukan nasi sahaja,” antara komen netizen.

Baca juga: Patutlah bengkel orang Melayu susah nak buat duit macam bengkel orang Cina