Terkini: Jasad Zara Qairina selesai dibedah siasat

Oleh ROSLAN ZAMAN

Proses bedah siasat yang dilakukan sepasukan doktor terhadap jasad Zara Qairina Mahathir akhirnya selesai selepas melalui prosoder selama lapan jam.

Memetik dari Berita Harian, perkara itu dimaklumkan peguam keluarga, Shahlan Jufri yang menyaksikan proses bedah siasat atas permintaan keluarga Zara Qairina.

Selepas selesai bedah siasat ini, jasar adik Zara Qairina akan dibawa semula ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang.

Bedah siasat bermula kira-kira jam 11 pagi tadi dan selesai sebelum jam 8 malam tadi disertai juga oleh pakar dari Hospital Serdang.

Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) diwakil pakar perunding forensik, Dr. Khairul Anuar manakala Hospital Queen Elizabeth I diwakil pakar patologi, Dr. Jessie Hiu bersama dua pembantunya.

Sebelum ini, pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Penggalian semula kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, semalam mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada jam 7.31 malam selepas dimulakan pada jam 6.04 petang.