Biasalah tak semua orang ada cita rasa yang sama terutamanya melibatkan makanan, ada sahaja perbalahan mengenainya.
Terkenal dengan crepe, usahawan dari Pulau Pinang, Kieda kembali menjadi sorotan ramai selepas bersemuka dengan pelanggan yang mengkritik makanannya.
Pelanggan yang dikenali sebagai Zamilah itu dalam satu hantaran mengkritik makanan yang dibeli di kedai Kieda.
Bukan hanya kritikan biasa malah Zamilah menyatakan bahawa anaknya memuntahkan kembali makanan kerana merasa ia tidak sedap.
Tampil mempertahan kedainya, Kieda memilih untuk bersemuka dan tidak memanjangkan kes kepada peguam serta memulangkan semula duit pelanggan.
Zamilah dilihat memohon maaf memaklumkan dia tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan perniagaan Kieda dengan hantaran tersebut menerusi TikTok kiedacrepepenang.
“Disebabkan dia sudah meminta maaf, dia pun dah tarik balik untuk saya panjangkan kes ini kepada peguam.
“Andai kata ada beli makanan dekat kedai Kieda tak sedap cukuplah setakat bagi tahu keluarga dan saudara mara, tak perlu muat naik di media sosial untuk burukkan syarikat.
“Sebab dekat bawah syarikat saya, ada banyak isi perut yang saya kena isi, kalau tak sedap maklum terus dekat saya. Saya akan pulangkan semula duit,” ujarnya dalam video di TikTok.
Baca juga: Rezeki kerja hantar parcel, suri rumah raih RM7,000 sebulan