Tiada anak bukan alasan cari lain, ‘Abang Axia’ dapat kembar lepas 6 tahun kahwin – “Hargai wanita yang sanggup berkorban”

Oleh WAN SITI AMINAH

Satu rakaman yang dikongsikan oleh seorang selebriti media sosial dikenali sebagai Abang Tesla telah mengundang amarah kaum hawa baru-baru ini.

Mana tidaknya, rakaman tersebut telah merakamkan kesedihan isteri pertama Abang Tesla yang terpaksa memberi izin kepada suaminya untuk beristeri dua.

Setelah menerima kecaman hebat daripada orang ramai, Abang Tesla mendedahkan bahawa alasannya berkahwin baru adalah untuk mendapatkan zuriat.

Ekoran daripada itu, seorang lelaki lain tampil berkongsi pengalamannya sendiri yang diuji dengan dugaan ketiadaan anak dalam tempoh enam tahun berkahwin.

Kongsi lelaki yang bernama Mohd Ruzaimi Adam, dia dan isteri mula berkenalan di bangku sekolah sejak 2006 dan memutuskan untuk bertunang pada tahun 2015.

Ruzaimi kemudian membeli kereta Perodua Axia untuk kegunaan mereka berdua sebelum mendirikan rumah tangga pada 2016 selepas setahun bertunang.

Pasangan yang menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) kerana tuntutan kerja itu tetap setia meskipun masih tidak dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat.

Berdepan dengan pelbagai soalan sensitif mengenai anak daripada orang sekeliling, Ruzaimi menghiburkan diri dengan menyambung pengajian ijazah sarjana.

Tidak memanfaatkan situasi untuk berkahwin lain, Ruzaimi dan isteri kemudian berjumpa pakar dan wanita itu disahkan mengalami jangkitan pada ovari (cyst).

Menyukarkan kemungkinan untuk bersalin, isteri Ruzaimi kemudian menjalani rawatan dan pembedahan sekitar September 2021.

Tiga bulan selepas menjalani rawatan, pasangan itu akhirnya menerima rezeki tidak terduga apabila isteri Ruzaimi disahkan mengandung anak kembar.

@adamharithdotco

ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Surat Al-Baqarah Ayat: 216) Jangan hanya berterima kasih kepada Allah ketika semuanya berjalan baik, terima kasih kepada-Nya bahkan ketika segala sesuatunya terasa sulit. Katakan Alhamdulillah.

♬ original sound – adamharithxo – adamharithxo

Berkat kesabaran dan kesetiaan, Ruzaimi yang kini bergelar inspektor itu bersyukur dapat menjadi bapa kepada dua anak setelah enam tahun berkahwin.

Tular di media sosial, pengalaman itu dikongsi Ruzaimi menerusi satu hantaran di akaun TikTok peribadi miliknya, @adamharithdotco.

Digelar Abang Axia selepas perkongsiannya menyita perhatian ramai, Ruzaimi turut berharap agar anaknya membesar menjadi insan yang menghargai wanita.

“Nak, nanti sudah besar hargai wanita yang sanggup berkorban segalanya untukmu. Dari dirimu tiada apa-apa sampai kamu punya segalanya.” Tulisnya di TikTok.

Baca juga: Ramai naik angin bil elektrik melambung 2 kali ganda, sebenarnya bukan salah TNB tapi ini yang jadi