Tidak pernah berunding, PM sangkal dakwaan tak beri peruntukan pada pembangkang

Oleh KIM SYAZIE

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa kerajaan tidak memberi peruntukan kepada pembangkang.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, sudah menjadi pendiriannya sejak dahulu untuk memberi peruntukan yang sama rata.

Namun begitu, belum ada sebarang rundingan dari pihak pembangkang mengenai peruntukan yang diperlukan negeri yang terlibat.

Menurutnya, kerajaan bersedia memberi peruntukan melalui proses perbincangan bagi mengetahui keperluan semasa rakyat.

“Jadi saya usulkan mulakan proses rundingan dan saya arahkan Ketua Whip dan menteri yang berkenaan berunding dan kita (akan) putuskan.

“Kalau cepat selesai (rundingan) cepatlah lulus. Kalau esok, lusa kita boleh lulus,” katanya ketika di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca Artikel Penuh