Tidak pertahankan jawatan, Ismail Sabri sangkal dakwaan beliau merajuk

Oleh KIM SYAZIE

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan dakwaan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO.

Ahli Parlimen Bera itu bagaimanapun menyangkal dakwaan bahawa beliau merajuk bahkan tidak ada sebarang masalah dengan ahli UMNO.

Tambahnya, beliau juga masih mengekalkan hubungan yang baik bersama Presiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, beliau enggan ikut bertanding kerana tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat parti itu.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 lalu, majlis perwakilan telah meluluskan usul untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Ia bertentangan dengan perlembagaan parti. Kalau saya bertanding jawatan Naib Presiden bermakna saya mengiktiraf jawatan itu untuk tidak dipertandingkan.

Baca Artikel Penuh