“Tikar sejadah jadi peneman, sambil dengar azan subuh” – Najib

Oleh ROSLAN ZAMAN

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa pilunya berada disebalik tirai besi yang masuk tahun ketiga. Berkongsi di facebook, beliau meluahkan rasa sedihnya dalam bentuk puisi.

Dalam hantarannya, beliau berkongsi gambaran keadaannya di dalam penjara yang berlantaikan simen, hanya sejadah menjadi teman setianya. Disebalik dinding penjara juga Najib berkongsi mendengar azan subuh yang sayup kedengaran

“Luka dan parut di hati, hanya Allah yang tahu, hanya Allah yang mengerti,” tulisnya.

Najib dalam penulisan itu turut menyatakan bahawa doa keluarga serta rakyat yang mendoakannya menjadi sumber kekuatan untuk terus tabah.

“3 tahun berlalu… doa keluarga, doa saudara saudari semua memberi harapan, menjadi sumber kekuatan,” katanya.

Coretannya itu diakhiri dengan keyakinan bahawa akan tiba masanya keadilan ditegakkan, namun tidak pasti bilakah tarikh yang dinantikannya itu.

“3 tahun berlalu… tikar sejadah menjadi teman. Saat itu pasti tiba. Bila….”