Trek larian bersegi tajam bernilai RM3 juta undang kritikan ramai

Oleh KIM SYAZIE

Projek pembinaan trek larian di Wilayah Songkhla, Thailand mengundang kritikan orang awam berikutan reka bentuk trek lariannya yang bersegi tajam dan ianya menelan kos sebanyak 30 juta Baht (RM3.84 juta).

Rakyat mempersoal reka bentuk tidak selamat itu dan tidak praktikal bagi aktiviti larian.

Menurut Agensi, pihak bertanggungjawab mengendalikan projek di bandar Padang Besar, daerah Sadao itu telah tampil menjawab kritikan ramai.

Mereka mendakwa, trek tersebut sebenarnya tidak direka untuk tujuan larian, sebaliknya hanyalah sebagai laluan berjalan kaki.

Pada awalnya isu tersebut mula tular selepas gambar kompleks sukan yang telah siap itu dimuat naik di laman Facebook rasmi Perbandaran Padang Besar.

Trek tersebut dibina dengan sudut yang tajam, sekali gus menyimpang daripada piawaian larian standard yang biasanya berbentuk melengkung demi faktor keselamatan pengguna.

Baca juga: Restoran Ajak Shiro berjaya jual lebih 20,000 hidangan dalam sehari, cipta rekod luar biasa!