Tuan rumah melampau, berani buat benda tak senonoh dalam bilik penyewa yang keluar bekerja

Oleh KIM SYAZIE

Seorang gadis berdepan dengan detik cemas apabila tuan rumah tiba-tiba menceroboh masuk dan berkeliaran di dalam bilik sewaannya.

Gugur jantung dibuatnya, lelaki yang sudah berkahwin itu masuk ke dalam bilik gadis berkenaan tanpa memakai sebarang pakaian di tubuhnya.

Malah, tuan rumah itu juga bertindak keterlaluan dengan melakukan aksi yang tidak senonoh menggunakan seluar dalam milik penyewanya sendiri.

Kejadian itu bermula apabila gadis itu menerima notifikasi daripada aplikasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) saat berada di tempat kerja.

Satu pengalaman yang mengerikan, gadis malang berkenaan terpaksa merakam lelaki yang sedang melempiaskan nafsu itu untuk dijadikan bukti.

“Saya benar-benar terkejut dan tidak dapat menahan diri daripada menangis. Saya tidak dapat mematikan rakaman.

“Kerana, saya perlu merakam apa yang berlaku untuk mengumpul bukti,” kata gadis yang baru berusia 23 tahun itu memetik The Star.

Gadis yang berasal dari Malaysia itu menyewa bilik di dalam sebuah rumah yang terletak di Toa Payoh, Singapura semenjak Jun tahun lalu.

Tinggal bersama teman lelaki, mereka mula memasang CCTV berkenaan setelah diberi amaran mengenai perangai buruk tuan rumah itu.

Menurut aduan, lelaki itu pernah membawa orang lain masuk ke dalam kediaman tersebut ketika penyewa tiada di rumah.

Membuat laporan polis, tuan rumah yang kejam itu juga tidak pernah meminta maaf dan enggan memulangkan deposit sebanyak $1,900 (RM6,571.13).

Bersyukur setelah mendapat tempat tinggal yang baharu, wanita itu bagaimanapun mengalami trauma dan takut melihat lelaki yang seiras tuan rumahnya.

Membasuh semua baju yang dimilikinya, wanita berkenaan turut membuang semua pakaian dalam kerana khuatir telah disentuh lelaki durjana itu.

Baca juga: “Boleh ‘cuci’ duit”, masjid tuai perhatian lepas sedia tabung wang tidak patuh syariah