Tular sebelum ini isu mengenai usahawan, Vivy Yusof yang didakwa mengambil kesempatan atas konflik yang berlaku di Palestin dengan menjual barangan bersama bendera negara tersebut.
Netizen melihat tindakan usahawan tersebuty sebagai mengambil kesempatan selepas menjual produk tersebut pada harga yang mahal.
Vivy bagaimanapun mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

“Kami tidak mengambil sebarang wang daripada koleksi Palestin dUCk. Semua keuntungan disalurkan kepada Viva Palestina Malaysia untuk mengisi tenaga hospital, bekalan perubatan, tempat tinggal dan makanan.
“Tiada bayaran balik cukai untuk ini. Anda boleh mengesahkan dengan VPM.
“Orang ramai minta kami bawa balik koleksi kerana nak pakai helaian yang menunjukkan solidariti kepada Palestin. Apabila mereka memakainya, ia lebih membantu dengan menyebarkan kesedaran tentang sebab ini.
“Kami hanya menyediakan cara (tanpa keuntungan daripadanya) kerana itu juga menyebarkan kesedaran,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Pada masa sama Vivy juga menyarankan orang ramai untuk menderma terus kepada NGO.
“Orang ramai juga boleh menderma terus kepada NGO. Sila lakukan itu”, tambahnya.
Melihat kepada produk keluaran dUck, rata-rata tahu akan harganya yang dilihat lebih kepada pembeli berstatus T20 jadi mereka yang bajet biasa boleh sahaja derma tanpa membeli.
“Ni kita derma melalui dUck dan kita dapat barang sesuai bajet kita. Tak salah pun dUck keluarkan produk untuk T10 & T20.
“Kita rasa mahal sebab kita bukan target sasaran. Vivi tak tunggang pun. Dah ada statement 100 peratus profit untuk Palestine. Menunggang tu bila menguntungkan dia,” komen pengguna X.