Ustaz Azhar Idrus kata wajib taat suami walaupun suami jahat tapi…

Oleh KIM SYAZIE

Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya hukum mentaati suami yang berperangai buruk? Adakah seorang isteri masih perlu mendengar kata-kata suaminya?

Persoalan itu seringkali bermain di minda terutama ketika ini kita acapkali mendengar kisah wanita atau isteri yang tidak tahan dengan perangai buruk suaminya.

Menjelaskan perkara itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, para isteri tetap diwajibkan untuk mentaati suami walaupun dia seorang yang penipu, pengkhianat dan menzalimi isterinya secara fizikal dan mental.

“Tetap wajib taat suami walaupun dia jahat dan wajib taat itu bukan atas perkara haram.

“Adapun atas perkara haram, barulah tidak wajib taat suami itu,” katanya dalam satu ceramah disiarkan di YouTube.

Tambahnya, sebagai contoh, suami tidak taat kepada perintah ALLAH dan tidak membayar zakat, isterinya wajib taat kepada suami.

Suami tidak mahu solat, isteri tetap wajib taat suaminya itu.

“Yang haram isteri taat apabila suami menyuruh kita tinggalkan perkara yang wajib atau suami suruh membuka tudung serta dedahkan aurat, (ketika itu) jangan taat suami,” jelasnya.

Baca juga: “7 tahun aku bersabar, tapi suami tetap pilih kawan, akhirnya aku buat keputusan”