Kerete jenis Toyota Vellfire milik ahli Parlimen Dungun, YB Wan Hassan Mohd Ramli dilaporkan terbakar dalam kejadian di Kilometer 330 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuala Terengganu, pada Isnin.
Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Rohaya Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.47 tengah hari mengenai kejadian.
Sebuah jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh digerakkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi pemadaman api.
Sementara itu, kenyataan MP Dungun seperti dipetik oleh Berita Harian berkata, beliau melihat tanda signal enjin di skrin depan kereta,
“Justeru, saya memperlahankan kenderaan dan ternampak lampu ‘Check Engine’ menyala di papan pemuka sebelum memberhentikan kenderaan.
“Sebaik saja berhenti, saya dibantu oleh seorang pengguna lebuh raya yang melihat bahagian bawah enjin berasap,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.