Tular beberapa hari ini mengenai keadaan cuaca di Makkah yang dikatakan dilanda ribut hingga menyebabkan ramai terkesan.
Kini muncul pula satu video yang dikatakan dirakam dari satu pergunungan di Makkah mengenai kilat menyambar Menara Jam lapor Gulf Today.
Video tersebut dimuat naik pengguna X (Twitter), @al__Quraan mengenai kejadian yang dikatakan jarang berlaku.
Dapat dilihat kilat menyambar pucak Menara Jam beberapa kali dan terlihat cantik dalam video tersebut.
Dek kerana cuaca yang panas kebelakangan ini, hujan lebat itu dikatakan membawa kelegaan kepada mereka yang berada di Masjidil Haram.
Beberapa klip video lain turut memaparkan kejadian angin kencang sehingga menerbangkan penghadang dan pekerja pembersihan di halaman Masjidil Haram.
Dalam pada itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan di Arab Saudi melaporkan bahawa awan petir kumulus akan berada di kawasan Asir, Jazan, Al-Baha dan Mekah.
Awan itu kemudiannya akan bergerak ke arah barat dan hujan sederhana serta lebat dijangkakan akan berlaku.
Sementara itu, media tempatan turut melaporkan bahawa hujan lebat telah turun di kawasan berbeza di Mekah.
Laman web Cuaca Arab menyatakan bahawa wilayah barat daya dan barat Kerajaan itu menyaksikan aktiviti cuaca yang luar biasa sepanjang minggu lalu.
Baca juga: 25 tahun terpisah, lelaki jadi jutawan sekelip mata selepas jumpa keluarga kandung