Anak-anak yang sudah berkahwin pastinya mengalami kesukaran untuk memulakan hidup sebagai suami isteri.
Ibu bapa seharusnya lebih memahami jika anak tidak pulang sekerap mungkin demi menjimatkan kos apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang.
Seorang wanita keliru selepas bapanya menghalang dia masuk ke rumah apabila kurang berkunjung selepas berkahwin.
Di bawah adalah luahan perasaan dari Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.
Masalah saya bukanlah besar namun sudah menyebabkan saya tidak tidur lena beberapa malam ini.
Saya bersuami dan masih ada kedua ibu bapa. Saya duduk dengan suami, menyewa di bandar salah satu negeri di Pantai Timur.
Kos sara hidup agak mencabar juga tapi alhamdulillah suami sangat bertanggungjawab dengan tugas dia sebagai suami.
Berhenti kerja
Seblum ni saya bekerja, tapi sejak awal tahun hari tu, syarikat saya tutup jadi pendapatan tetap setiap bulan saya hilang.
Saya sudah cuba cari kerja baru, tapi masih tak ada rezeki. Tapi setiap malam saya masih membantu suami meniaga cuma pendapatan tidak seberapa.
Cukup untuk simpanan kami dan cover sesetengah bahan dapur kami. Kami masih berdua tanpa anak dan sy memang selesa untuk masak sendiri, cuma ada juga suami beli dari kedai.
Sudah terbiasa bagi saya dari zaman kerja, bila dapat gaji, gaji saya ckup untuk settlekan komitmen saya sendiri dan selebihnya untuk anak buah dan mak ayah.
Walaupun tak banyak tapi tetap ada. Apa yang jadi keperluan mereka saya cuba penuhi sebaiknya. Bila tidak bekerja, saya jarang pulang ke kampung.
Kebiasaannya kami akan pulang ke kampung saya setiap dua minggu, tapi lepas tidak bekerja ni saya jadi berkecil hati untuk pulang kerana seolah-olah ibu bapa tidak faham keadaan kami.
Tak balik kampung sebab kos mahal
Nak balik kampung sudah satu hal, kos minyak, bila balik tak akan saya nak balik tangan kosong. Biasa saya yang keluarkan kos untuk balik kampung.
Sebabnya saya tahu suami dah cukup terbeban dengan komitmen rumah. Gaji pun tak besar sangat.
Setiap bulan, walaupun sudah tidak ada gaji, tapi saya tetap keluarkan sedikit duit untuk belikan ubat-ubat buat mak.
Ayah merajuk sebab jarang balik
Tapi bila tak balik ayah merajuk. Bila dia merajuk dia seolah-olah marah dan benci. Pernah skali saya balik, ayah tak nak buka pintu.
Setengah jam saya di luar rumah dengan suami. Saya sampai kampung pukul 1 pagi sebab saya balik lepas suami habis berniaga.
Saya ada adik beradik lain, tapi sebab benda macam ni juga, yang lain turut menjauh daripada keluarga.
Saya bila fikirkan hubungan dengan ibu bapa, kadang2-kadang sedih, tertekan. Rasa berdosa bila abaikan orang tua, kalau boleh nak penuhi saja semua keinginan orang.
Tapi sy tak mampu. Benda macam ni terjadi mungkin sebab ayah saya tertekan jaga mak saya yang sakit seorang diri.
Saya dah berkali ajak untuk mereka tinggal bersama saya, tapi ayah menolak. Sy bukan tak nak balik duduk kampung bersama mak ayah saya.
Tapi pernah terjadi bila ada adik beradik yang sanggup balik kampung jaga mak sakit, duduk bersama taoi dilayan seolah menumpang.
Dia sering diherdik dimarah mak ayah saya. Entah apa yang mereka fikir saya pun tak tahu. Yang lain mampu berkecil hati lama lama.
Tapi saya tak mampu berbuat demikian sebab saya tahu, saya seorang sahaja yang mampu bertahan untuk mak ayah.
Baca juga: “Kakak selamba kutuk ibu depan jiran, sampai jatuh air mata, dasar anak tak sedar diri”