Wanita bangga nama atuk jadi nama jalan, ‘ini jalan atuk saya punya!’

Oleh ROSLAN ZAMAN

“Ingat ini jalan atuk kau?”. Biasakan dengar ayat ini bila berlaku pergaduhan di atas jalan raya. Ironinya, bagi seorang wanita berbangsa cina ini, dia dengan ‘bangganya’ boleh menggunakan ayat ini apabila nama jalan ini memang menggunakan nama atuknya sendiri.

Memetik dari portal Weirdkaya, wanita yang dikenali sebagai bermarga Chan ini berasa sebak apabila pulang ke kampung halamannya di Kluang Johor.

Menurutnya, jalan tersebut dinamakan sempena datuknya sejak tahun 1977 lagi sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan kejayaan datuknya sepanjang hayat.

“Datuk saya bukan sahaja seorang ahli politik, tetapi juga seorang pemimpin dalam komuniti Cina. Beliau menumpukan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan sangat dihormati,” tulisnya di media sosial.

Sebagai bukti pengiktirafan dedikasinya terhadap masyarakat, datuknya dianugerahkan Pingat Bakti Setia (BSI) dan Pingat Ibrahim Sultan (PIS) oleh Sultan Johor.

Tahun ini masuk 20 tahun datuknya telah pergi meninggalkan dunia. Chan mengambil peluang ini untuk menziarahi jalan bernamakan datuknya ini sambil mengenang memori bersama.

baca: skandal tanah jalan semarak