Wanita bongkar rahsia lantai rumah berkilat macam hotel mewah, mop guna 3 bahan ini!

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka dengan hanya menggunakan tiga bahan yang sudah berada di rumah, permukaan mozek di lantai kediaman anda akan kelihatan lebih bersinar.

Berkilat tidak ubah seperti cermin, bahan yang digunakan untuk membersihkan lantai ini juga mampu membuatkan persekitaran rumah berbau wangi dan menyenangkan.

Kaedah ini juga dikatakan mampu menjimatkan wang berikutan tidak perlu membeli pencuci lantai kerana bahan tersebut kebiasaannya sudah ada di kediaman anda.

Berjaya mencuri perhatian ramai, panduan untuk membersihkan lantai kediaman ini dikongsikan oleh Mizs Lynda menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Bahan-bahan:

  • Air panas
  • Cuka makan
  • Cecair pelembut pakaian (softener)

Langkah-langkah:

1. Tuangkan air panas secukupnya ke dalam baldi. Kemudian, sukat cecair pelembut pakaian pilihan anda dengan menggunakan penutupnya.

2. Selepas itu, masukkan satu penutup cecair tersebut ke dalam baldi yang telah berisi air panas. Lalu, tambahkan lima titis cuka makan ke dalamnya.

3. Kemudian boleh kacaukan semua bahan di dalam baldi tersebut sehingga sebati. Selepas itu, aktiviti mengemop lantai anda sudah boleh dimulakan.

“Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak berkilat, selagi itulah tak sah,” kata Mizs Lynda menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik olehnya di platform tersebut.

Orang ramai bagaimanapun diberikan peringatan untuk tidak meletakkan cuka makan secara berlebihan kerana dikhuatiri permukaan lantai menjadi terlalu melekit sehingga boleh mengagalkan ‘tips’ ini.

Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini memberikan manfaat berguna kepada para pembaca terutamanya bagi mereka yang masih mencari cara untuk mengilatkan lantai dengan kaedah mudah dan berkesan.

Baca juga: Boleh buat stok puasa, ini cara nak pastikan kentang tahan lama!