Tular pengguna laman X atau dikenali sebagai Twitter yang menyalahkan pelakon Uqasha Senrosa selepas kematian rakannya.
Pada Mac lalu, nama Uqasha menjadi tular selepas dikaitkan dengan kes buli yang didakwa berlaku sewaktu zaman persekolahannya.
Menurut pengguna tersebut dia menyalahkan Uqasha kerana pernah membuli rakannya satu ketika dahulu di zaman persekolahan.
Tambah pengguna tersebut, rakannya menghadap ilahi pada 31 Oktober lalu selepas bertarung menghadapi kemurungan akibat dibuli dulu.
“Aku harap Uqasha gembiralah buat kawan aku macam tu… Kali ini tuntut di Padang Mahsyar is real.
“Kawan aku melalui kehidupan yang sukar, depresi, sakit lagi sakit yang takkan boleh sembuh… Hari-hari bertarung untuk terus kuat,” tulis pengguna tersebut.

Memetik mStar, Uqasha ketika dihubungi tidak menolak untuk berjumpa dengan keluarga mangsa malah sudah mengambil tindakan selepas tular isi buli dulu.
Bagaimanapun dia sebolehnya enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan individu berkenaan juga sudah tiada.
“Saya boleh sahaja jumpa keluarganya. Sebelum ini lagi saya memang nak berdepan dengan dia (Allahyarham) tetapi dia yang tak mahu. Jadi, tak ada apa-apa yang saya nak komen, arwah pun dah pergi menghadap illahi.
“Saya pun tak tahu apa yang mereka marahkan lagi dekat saya. Sudah lama saya berdiam fasal hal ini, saya biarkan peguam saya buat kerja. Bagi saya, tiada apa pun yang saya perlu komen,” katanya seperti dipeti mStar.
Malah kata Uqasha sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah namun individu tersebut tidak hadir ke mahkamah.
“Saya tidak mahu beri komen tentang perkara itu, biarlah mereka, sebab perkara ini memang sudah dibawa ke mahkamah.
“Dia tidak hadirkan diri untuk membela diri, atas sebab apa saya tidak pasti. Kalau dari awal dia di pihak benar, kenapa tidak hadir ke mahkamah,” tambahnya.
Baca juga: “Hidup serba mencukupi”, Taufiq Hanafi tak mengaku dekati wanita untuk kikis harta