Wanita Filipina teruja Malaysia ada pengangkutan awam yang sangat cekap dan selesa

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pelancong Filipina meluahkan rasa kagum dengan sistem pengangkutan awam di negara ini yang dianggap selesa dan sangat efisyen.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, wanita itu memuat naik rakamannya merasai pengalaman menaiki MRT dan LRT di ibu negara.

Hanya ketika itu baru dia menyedari bahawa sistem pengangkutan di negaranya amat jauh kebelakang berbanding Malaysia.

“Anda sedang melancong dan menikmati sistem pengangkutan di negara lain.

“…dan anda akan mula sedar bahawa Filipina sudah jauh tertinggal di belakang. Tolong pilih (pemerintah) yang baik kerana kita berhak menerima yang terbaik,” katanya pada kapsyen video.

Di ruangan komen, wanita itu berkata komuters di negara ini sangat selesa biarpun ada yang mengatakan Kuala Lumpur juga sesak sama seperti Filipina.

Video dikongsikannya sehingga kini meraih lebih RM100k tontonan dengan lebih 6,000 komen

Baca juga: “Jangan derhaka resipi!” – Khairul Aming terhibur lihat video masak tak jadi