Seorang wanita yang baru sahaja mendapat pencen lebih RM400,000 meluahkan rasa kecewa selepas anak lelakinya berhenti menghulurkan duit.
Luahan wanita tersebut dimuat naik di akaun Facebook Kisah Dunia, mendakwa tindakan anak sulungnya itu seperti anak derhaka kerana tidak mahu menghulurkan duit.
Dia juga mendakwa kehidupan anaknya menjadi semakin susah apabila menantunya tidak bekerja sampai terpaksa berhenti memberi duit bulanan kepadanya.
“Hidup anak saya jadi susah bila isteri dia tak bekerja sampai terpaksa berhenti bagi duit bulanan kepada saya sebagai ibu.
“Saya masih bersuami tapi dia perlu perbelanjaan sendiri juga. Saya sedih dan sakit hati dengan anak sulung saya.
“Saya marah-marah dan cakap dia anak derhaka. Tak bau syurga buat ibu macam ini. Anak lain semua bagi cuma dia (anak sulung) berubah hati,” ujarnya.
Wanita tersebut juga menyatakan bahawa anaknya berubah kerana kononnya dihasut isteri, selain memaklumkan tidak berkenan dengan isteri anaknya yang berstatus janda itu.
“Lepas itu dia terus sekat saya. Mungkin isteri dia yang menghasut anak lelaki supaya block.
“Saya dari dulu tak berkenan dia kahwin janda anak satu, jadi bebanan pada dia,” tambahnya lagi.
Rata-rata warganet menasihati si ibu untuk belajar bersyukur malah berharap untuk tidak jadi seperti itu.
“Astaghfirullahalazim.. Kasihannya nasib anak tu, semoga sang ibu tahu erti bersyukur,” komen Ummi Shah.
“Tak tahulah cerita makcik ni betul ke tak, saya selalu cakap dengan anak rajin belajar, esok kerja asal semua senang syukur alhamdulillah.
Baca juga: Lelaki dedah realiti sebenar hidup sebagai jutawan, “stressss..”