Ketua Wanita PKR Pandan, Roasiah Ramli hari ini menuntut penjelasan dari pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah membabitkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Ia selepas sebuah portal mendedahkan bahawa Datasonic Group Bhd (kini NexG Bhd) telah membayar sebanyak RM500,000 kepada orang tengah yang dikaitkan dengan Rafizi, melalui syarikat GFIS (M) Sdn Bhd, berhubung Projek Vending Machine bernilai RM21.1 juta di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
xSebagai ahli-ahli Cabang dan pengundi Pandan, kami sudah terlalu lama diperdaya oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai pejuang reformasi.
“Hari ini, kami tidak lagi mahu janji-janji kosong. Kami menuntut kebenaran dan kami menuntutnya sekarang melalui siasatan kerajaan yang telus, bebas dan tanpa campur tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lebih membimbangkan kata Roasiah, Rafizi mengakui wujudnya pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri pada Disember lalu, di mana beliau diberitahu akan ada implikasi sekiranya skandal ini terbongkar.
Beliau mempersoal, jika benar tiada apa yang perlu disembunyikan, mengapa perlu ada “amaran” dari dalam kerajaan sendiri.
Oleh itu beliau turut menuntut penjelasan lanjut dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu ini.
“Jika benar wujud kenyataan atau maklumat sedemikian, ia tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa penjelasan rasmi. Rakyat berhak tahu kebenaran, bukan separuh cerita,” katanya.
Pada 7 Apri lalu, Rafizi menafikan beliau menerima rasuah sebanyak RM500,000 daripada pemilik NexG Bhd., Datuk Abu Hanifah Noordin bagi tujuan melanjutkan kontrak syarikat tersebut pada 2023.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, dakwaan yang dibuat sebuah blog tidak terkenal itu hanyalah tuduhan liar yang mana garis masa yang dinyatakan adalah tidak selari dengan realiti semasa pada ketika itu.
Menurut Rafizi, beliau tidak pernah berjumpa Abu Hanifah atau sesiapa dari NexG seumur hidupnya selain tidak kenal ‘watak utama’ pencitraan di dalam blog berkenaan iaitu Mohd Harizan Haris dari syarikat GFIS Sdn. Bhd.
Baca juga: Jangan pandang rendah, bayaran Bella Astillah nyanyi 1 malam setara gaji Syed Saddiq sebulan