Wanita sanggup berhabis duit duduk kawasan elit, janji orang anggap kaya

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang wanita membuat pengakuan rela berhabis duit untuk menyewa di Sri Hartamas, Kuala Lumpur demi mengekalkan gaya hidup seperti orang kaya.

Katanya, adalah penting untuk tinggal di kawasan kediaman yang dikenali sebagai lokasi ‘orang kaya’ agar dipandang seperti individu berduit oleh orang lain.

“Tak kisahlah kalau duit gaji dah habis, sebab kita boleh cari duit. Tapi saya nak ‘maintain lifestyle’ (kekal gaya hidup) yang ala-ala kaya,” katanya

“Saya memang nak tinggal dekat sini. Nanti bila orang tanya, eh, awak duduk mana? Saya duduk Hartamas.

“Tak kisah kerja sampai nak rebah, asalkan saya mampu kekal cara hidup ala orang kaya di Hartamas,” tambahnya dalam sesi temu bual yang dikongsikan di Instagram radio Era FM semalam, seperti dilapor Kosmo!.

Lebih mengejutkan, wanita itu juga megakui dia gemar memandang rendah kepada orang lain sekiranya mereka memaklumkan tinggal di kawasan kampung yang kurang popular.

Bagaimanapun, pendedahan wanita tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Jenis suka pandang orang hina sebab itu dia tetap nak jaga ‘profile’, dia tak orang lain hina dia macam dia hina orang. Aku tak suka orang macam ini,” kata @bu_faleey12.

“Dekat Hartamas itu bukan semua rumah kondo (kondominium), yang tinggal setinggan pun ada. Cuba pergi datang melawat rumah kakak itu, kaya sangat kah gaya hidupnya,” soal @nanaMyn.

Baca juga: Pergh! Tak sangka menjadi, lelaki guna air gas untuk padamkan kebakaran kecil