Sangkaan seorang pengunjung yang menyangka Cameron Highlands sedang lengang ketika musim cuti persekolahan kali ini, jauh meleset.
Ini selepas individu tersebut didakwa terkandas di pusat peranginan itu selama 14 jam dari Kuala Lumpur.
Lapor Kosmo!, wanita terbabit terdengar khabar angin suasana lengang di daerah itu menyebabkan dia terperangkap dan serik.
“Teruk gila jammed (kesesakan) di Cameron Highlands hari ini (1/6/2024). Memanglah cuti tapi sampai macam ni sekali teruknya.
“Tak gerak gais, serik nak datang lagi,” katanya menerusi hantaran video tersebut.
Tinjauan Kosmo! mendapati, situasi sama turut dihadapi pengunjung lain sehingga ada yang meredah perjalanan berjam-jam mengharungi kesesakan lalu lintas akibat limpahan pengunjung di lokasi pelancongan tersebut.
“15 kilometer (km) pun dua jam (kesesakan) ye. Nak kata menyesal ‘serah diri’ hadap jammed (kesesakan) kat Cameron Highlands pun tak boleh sebab aku memang suka pergi sana. Jadi layan sajalah,” komen @amiera1011.
“Sebelum ni aku persoalkan kenapa aku kena hadap jammed (kesesakan) Lembah Klang hari-hari rupa-rupanya itu semua adalah persediaan untuk hadap jammed (kesesakan) yang lebih dahsyat. Cameron Highlands tidak sampai 10km, tiga jam lebih (sesak),” keluh @aimanhkeem.
Walaupun begitu, ada juga yang tampil memberikan cadangan waktu terbaik untuk melawat Cameron Highlands iaitu pada hari biasa tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas yang dahsyat.
Baca juga: Pernah viral sampai hilang gelaran juara, Haneesya Hanee gigil masuk kelab untuk berlakon