Wanita terkejut bantuan SARA dah ditebus orang lain

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita terkedu apabila wang bantuan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 telah ditebus individu lain di sebuah pasar raya di Tawau, Sabah pada 2 September lalu.

Seorang wanita terkejut mengetahui wang bantuan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bernilai RM100 telah digunakan individu lain tanpa pengetahuannya.

Dia mendakwa ada pihak yang menggunakan kad pengenalannya dan menebus bantuan tersebut di sebuah pasar raya di Tawau, Sabah.

Difahamkan, wanita berkenaan menetap di Selangor, namun kehilangan kad pengenalannya sewaktu melawat Sabah sebelum ini.

“Rakaman kamera sekuriti menunjukkan seorang saudari (wanita) berbaju merah jambu menggunakan kad pengenalannya (mangsa berasal Selangor) untuk menebus Sara berjumlah RM98.60.

“Barang pembelian adalah dua kotak (papan) telur dan dua bungkus (kampit) beras seperti yang ditunjukkan dalam resit,” tulis pengguna Facebook, Nam Din.

Individu tersebut memberitahu, laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

“Seterusnya biar pihak polis yang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat,”katanya.

Baca juga: “Saya ini anak angkat, tak kenal ibu bapa kandung” – Harszan dedah pernah dihina ‘anak haram