Rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur selepas seorang pendaki wanita, Jaslinda, yang dilaporkan hilang selama 15 hari ketika mendaki, akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaporkan semakin mencabar apabila harapan untuk menemukan Jaslinda semakin tipis.
Namun, perkembangan mengejutkan berlaku apabila dia ditemui oleh masyarakat Orang Asli yang berada di kawasan hutan berkenaan.
Menurut maklumat, Jaslinda,49, mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam aktiviti pendakian.
Pengalaman tersebut dipercayai banyak membantu dia bertahan sepanjang tempoh hilang di Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak.
Rakyat Malaysia mengagumi ketahanan dan kemahiran survival Jaslinda, yang disifatkan luar biasa dalam keadaan penat dan lapar,.
Beberapa rakaman video yang tular ketika dia ditemu bual turut menarik perhatian ramai, kerana keadaan kakinya yang kelihatan bengkak.
Ketika ini, orang ramai masih menantikan perkembangan lanjut serta kisah penuh bagaimana Jaslinda mampu bertahan selama 15 hari sebelum ditemui.
Baca juga: Pentadbiran Anwar Ibrahim diuji, ini cabaran perlu ditempuhi untuk jaga kestabilan politik