10 tahun harungi perjalanan hidup bukan mudah buat Khairul Aming berjaya, pernah 4 kali gagal bisnes

Oleh NASUHA RAHMAN

Selepas mengharungi 10 tahun perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran kenangan manis dan pahit semuanya membuatkan pempengaruh Khairul Aming bersyukur dengan apa yang ada padanya hari ini.

Berkongsi detik-detik perjalanan hidup bermula di usia 20 tahun ketika belajar di luar negara beliau sudah mula berjinak dengan dunia fotografi.

Menyambut ulang tahun ke-30 semalam Khairul Aming menceritakan selama tiga tahun belajar di luar negara dengan graduan jurutera mekanikal dan kembali ke tanah air pada usia 23 tahun.

Bagaimanapun setelah kembali daripada belajar di usia 25 tahun beliau mula mencari pendapatan sampingan sambil bekerja di syarikat minyak dan gas, namun gagal.

“Umur 23 balik malaysia, usia 25 buat side incom buat meal gagal, buat baju gagal, buat templet resume pun gagal,” katanya dalam video di saluran masakan Rasapop miliknya malam tadi.

Pada usianya 26 tahun saluran Rasapop di media sosial meletup, Khairul Aming memutuskan untuk membuat bisnes Sambal Nyet.

Baca Artikel Penuh