100 hari harungi konflik Asia Barat: Ini usaha Kerajaan Madani jaga kesejahteraan rakyat

Oleh MALAYSIADATELINE

Malaysia dilihat berjaya mengharungi cabaran dalam tempoh 100 hari krisis di Asia Barat menerusi peranan tadbir urus Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelaksanaan dasar yang terancang dan pelbagai inisiatif dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat ini bukan sahaja melindungi negara daripada kesan konflik malah turut memperkukuh daya tahan ekonomi.

Menurut Kementerian Kewangan, usaha ini bertumpukan kepada tiga keutamaan iaitu melindungi kos sara hidup rakyat, meneruskan bantuan dan subsidi bersasar serta menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik Asia Barat dan gangguan rantaian bekalan global, Kerajaan MADANI terus mengambil langkah proaktif untuk melindungi rakyat serta memastikan kestabilan negara terus terpelihara.

“Walaupun tekanan global masih berterusan, pelbagai langkah sedang diperkukuh bagi memastikan bekalan kekal stabil, perniagaan terus beroperasi dan rakyat terus dibantu,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan di platform Facebook.

Melindungi kos sara hidup rakyat: Kerajaan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada golongan yang memerlukan termasuk melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah Bulanan (SARA).

Penyusunan semula subsidi: Usaha dilakukan agar sumber negara dimanfaatkan lebih berkesan menerusi BUDI MADANI95, BUDI Diesel Individu, BUDI Diesel Agri-Komoditi dan BUDI MySubsidi Diesel (SKDS).

Sokongan kepada PKMS: Kerajaan memberi pelbagai sokongan khusus kepada peniagaan tempatan demi meransang pertumbuhan ekonomi negara termasuk melalui bantuan kewangan.

Antara kemudahan diberikan adalah pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion melalui Bank Negara Malaysia (BNM) serta Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) selain pembiayaan peralihan hijau dan digitalisasi.

Kerajaan Madani juga memastikan daya tahan ekonomi diperkukuh melalui asas ekonomi termasuk reformasi fiskal yang progresif, perkukuh kedudukan kewangan negara, pelaburan dalam sektor strategi dan pengurusan subsidi lebih mampan.

Baca juga: Kenapa dinamik politik semasa buat Anwar calon paling layak jadi PM? Ini ulasan Abdullah Sani