103 kes kematian Covid-19

Oleh ARIF ATAN

Kematian harian akibat Covid-19 di negara ini meningkat sedikit kepada 103 kes semalam berbanding 93 kes kelmarin.

Jumlah kematian terkumpul kini adalah sebanyak 27,525 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 25.2 peratus atau 26 kematian dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Sarawak merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 26 orang disusuli Johor (15), Sabah (13), Selangor (13) dan Kelantan (11).

Sementara itu, Perak merekodkan sembilan kes kematian semalam manakala Pulau Pinang (7) dan Kedah (6).

Tiga negeri dan wilayah lagi iaitu Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kematian.

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sembilan puluh daripada 103 kematian yang dilaporkan, atau 87.4 peratus, berlaku dalam tujuh hari lalu.

Kes kematian selebihnya berlaku lebih seminggu yang lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 227 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari lalu berbanding purata 93 kes sepanjang tujuh hari lalu, sekali gus menunjukkan penurunan.