2 kali mengandungkan anak orang, lelaki boleh pula cakap nak fikir dulu sebelum bertanggungjawab

Oleh KIM SYAZIE

Melakukan hubungan intim tanpa status perkahwinan yang sah semakin banyak berlaku, bukan setakat di Malaysia malah di seluruh dunia.

Apatah lagi mereka ini tidak diberikan pendidikan seks bagi membendung masalah kelahiran luar nikah.

Inilah yang terjadi kepada seorang remaja dan pasangannya apabila mereka berani hadirkan diri ke sesi podcast Youtube bagi berkongsi mengenai masalah tersebut.

Satria Mahathir, 20 bertemu Cia, 17, dalam satu acara dijalankan di kelab malam. Dalam masa dua minggu sahaja mereka sudah melakukan hubungan intim.

Perkara tersebut biasa buat lelaki dari Indonesia itu kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup bebas namun buat Cia itu adalah kali pertama.

Lebih menggerunkan apabila Cia mendapati dirinya hamil hasil hubungan terlarang bersama Satria.

Bagi lelaki tersebut pula dia hanya menganggap Cia sebagai teman rapat sahaja jadi dia membuat keputusan untuk bertanggungjawab.

Menurutnya, Cia masih berada di fasa awal kehamilan jadi dia akan menunggu hingga trimester pertama sebelum memberikan kata putus.

Ini bukanlah anak pertama Satria, dia sebelum ini pernah menghamilkan anak dara orang sebelum membuat keputusan berkahwin dan kemudian berpisah.

Buat Cia pula, dia kini terpaksa keluar dari rumah untuk menenangkan diri selepas keluarganya meluahkan rasa kecewa dengan dirinya yang mengandung.

Baca juga: Nak ikut trend, wanita menyesal makan ‘donut peach’ lepas masuk kecemasan, minta semua hati-hati